Seperti aku yang memandang kamu dihujung katil,
terterap, telentang,
tertonggeng, terjatuh...
tak pernah ada yang tahu
ada sangkar besi yang mengikat kebebasan
ada tali yang merentap jiwa kerinduan
Akan ada perempuan cantik berbaju putih,
setia dengan senyuman manis dan hati bersih
atau akan datang si muka kelat menghalau pelawat,
di sini yang ada hanya satu bantal,
meja makan, selimut tebal
kipas syiling dan bau ubat
ada untung kamu jumpa keranda jam empat
itu sebab bila malam kamu panas teramat
Terkadang ada orang kebajikan datang,
bagi duit simpati dan muffin basi,
serta buku 'solat ketika sakit'
buat penyeri aku dan kamu
dalam payah menelan pahit
bahagia itu pasti akan ada!
Dengar
1 month ago
Memang sakit bila perit.
ke mmg perit bila sakit? hehe
btw, thanz jenguk blog yg sepi ini ;)
Mahu dapat satu buku Tulisan Tangan.?Boleh contact PETAK di 0122577987.Kita bincang nanti.:))
really? owh oke. mekaceh sgt2. nnt saya msg ;)
cer cuba cari bahagia tu.. kdg2 bahagia tu malas dtg pd kita :p
selamat raya :)
owh..mcm mimpi pulak akak sudi jenguk blog nih. mekaceh sgt2.terharu btl!
luv ur writing!
oke, bot akn cuba terdaya :)